Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat darpada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w.
akan hal tersebut, jawab baginda: " Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki
yang tidak soleh.
Seorang wanita solehah adalah lebih daripada 70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
Barang siapa yang meggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke
rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s..
Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan
kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila
pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli
Halin Wa Astaghfirullah bermakna segala puji bagi Allah dalam
segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala
dosa." Maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan
Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang
mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama
haidhnya.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah) di alam syurga.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung
jawab, maka baginya adalah syurga.
Daripada Aisyah f.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada
api neraka."
Syurga itu di bawah telapa kaki ibu.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka
jawablah panggilan ibumu dahulu.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintupintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari manamana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat dilangit, matahari dan bulan, semuanya beristighar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya.
(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Aisyah r.ha. berkata "aku bertanya keapada Rasulullah s.a.w.
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?' Jawab baginda
"Suaminya "siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
s..a.w.. "Ibunya."
Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa
wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat
kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana
saja yang dia kehendaki.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama maka
Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah pada malaikat untuknya. Allah
s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakat solat wanita yang tidak hamil.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah s.w.t.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji.
Apabila soerang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadan ibunya melahirkannya.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dapada hadanya
(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun)
maka malaikat-malaikat di langit akan dikhabarkan berita bahawa
syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu badanya kapda anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. Wanita yang
habiskan malamya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila di hiburkan hati anaknya Allah membeeri 12 tahun pahala ibadat.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah
mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya, bahkan segala suasuatu yang disinari sang suria akan
meminta keampanunan baginya, dan Allah mengangkatkannya
seribu darjat untuknya.
Seorang wanita yang solehah lebih daripada seribu orang lelaki yang
tidak soleh, dan seorang wanita yang layani suaminya selama
seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan
dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari
pintu mana saja tanpa dihisab.
Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah
ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan
makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang
tangannya, memperolehkan hidangan padanya, memelihara anaknya
atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari
keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah
ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada
suaminya sebagaimana memerdekakan soerang hamba. Pada hari
Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengan wania
mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun
yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi- Nabi.
Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang
dan malamnya menggembirakan suaminya.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya
melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan
penuh rahmat.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
Jika wanita memicit suami tanpa di suruh akan mendapat pahala 7
tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat
pahala tola perak.
Dari Hazrat Muaz: Mana-mana wanita yang terdiri atas dua kakinya
membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya
kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka.
Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta
sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila
ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita
sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya
kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadidkan sumbu
pelita. Pada keesokannya matanya yang buta telah celik. Allah
kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana
memuliakan dan menghormati suaminya)
Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi
jenazah . Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu.
Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?'
Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian
tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah
dirumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama
dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah', akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah,' Allah
akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti menyapu lantai di Baitullah.
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh
ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara
dirinya dengan api nereaka, jarak diantara parit itu ialah sejauh
langit dan buminya.
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah
akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang
yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya diatas
tahta di hari akhirat."
"wahai Fatimah, bagi setiap wanita memintal benang dan kemudian
dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan
baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada
1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang
tidak berpakaian.
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut
anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dana mencuci akan
diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik
sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula
pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri dimata
orang-orang yang memerhatikannya."
Sabda Nabi s.a.w.: " Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan
rambut dan jangut suaminya, memotong misai dan mengerat
kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai
serta diringankan Allah baginya sekaratul maut dan akan didapatinya
kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan
dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia
melintas Titian Shirat."
Jika suaminya mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua
70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di
dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita
(isteri) yang solehah.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,
cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau
memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau
memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau
berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
from sipelaut for moey